Diterbitkan pada 16 Oktober 2024, 14:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sandakan − Bandar ini menjadi lokasi seterusnya pelaksanaan Kajian Tahap Penggunaan Bahasa Kebangsaan  di Tempat Awam oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada 8-11 Oktober 2024 yang lalu.

Sebelum ini, kajian yang sama telah diadakan di daerah Kudat, iaitu lokasi pertama pada tahun ini selepas kajian rintis yang dilaksanakan di Kota Kinabalu, Wilayah Persekutuan Labuan dan Keningau.

Timbalan Pengarah II DBP Cawangan Sabah, Puan Julianah Kuli menyampaikan Kamus Dewan Perdana sebagai cenderamata kepada Setiausaha Perbandaran MPS, Encik Irman Tajuddin.

Setiausaha Perbandaran MPS, Encik Irman Tajuddin Edy berharap agar hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai garis panduan dalam usaha pihak MPS menambah baik aspek penguatkuasaan dan pemartabatan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam pada masa hadapan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah II DBP Cawangan Sabah, Puan Julianah Kuli berkata,

Melalui pelaksanaan kajian ini, sikap masyarakat terhadap penggunaan bahasa kebangsaan mahupun bahasa sukuan dapat diketahui, selain mengusulkan saranan dan cadangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan sebagai penambahbaikan bagi memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan selaras dengan Perkara 152 (1) yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap penggunaan bahasa kebangsaan di daerah Sandakan, khususnya pada papan tanda dan paparan awam, seperti papan premis perniagaan, kain rentang, gegantung, papan iklan luar, poster dan brosur yang terdapat di taman rekreasi, taman perumahan, bangunan kerajaan, sekolah, pusat beli belah dan nama jalan.

Petugas turun ke lapangan untuk mengambil gambar paparan awam di daerah Sandakan.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi