Oleh Kho Thong Eng
7 November 2024, 09:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bunyi diftong ialah bunyi yang terhasil apabila terdapat geluncuran lidah yang pantas dari satu kedudukan di dalam rongga mulut ke kedudukan yang lain.  Diftong bahasa Melayu meliputi bunyi [ai], [au] dan [oi].  Selain itu, diftong mempunyai satu puncak kelantangan dan dikira sebagai satu suku kata yang tersendiri.  Diftong boleh mengikuti bunyi konsonan tetapi tidak mendahuluinya.

Bagi menghasilkan bunyi diftong [ai], lidah digeluncurkan secara pantas dari kedudukan untuk menghasilkan bunyi vokal depan luas [a] ke kedudukan untuk menghasilkan bunyi vokal depan sempit [i].  Bagi menghasilkan bunyi diftong [au], lidah digeluncurkan secara pantas dari kedudukan untuk menghasilkan bunyi vokal depan luas [a] ke kedudukan untuk menghasilkan bunyi vokal belakang sempit [u].  Bagi menghasilkan bunyi diftong [oi], lidah digeluncurkan secara pantas dari kedudukan untuk menghasilkan bunyi vokal belakang separa sempit [o] ke kedudukan untuk menghasilkan bunyi vokal depan sempit [i].  Sila lihat gambar rajah yang berikut:

Diftong dapat hadir pada awal kata, tengah kata atau hujung kata.  Sila lihat contoh yang berikut:

Sesetengah diftong boleh mengikuti bunyi konsonan tertentu dalam suku kata yang sama.  Contohnya adalah seperti yang berikut:

Ada diftong yang dapat hadir dalam pola tertentu dengan sesetengah vokal.  Sila lihat contoh yang berikut:

  1. Dengan vokal tertentu dalam suku kata yang terdahulu.

2. Dengan vokal tertentu dalam suku kata yang terkemudian

Terdapat vokal berganding yang bentuknya sama seperti diftong tetapi kedua-dua bunyi vokalnya diujarkan secara lengkap tanpa geluncuran.  Dalam hal ini, mungkin terdapat unsur artikulasi tambahan, seperti labialisasi (pembibiran), palatalisasi (pelelangitkerasan) atau glotalisasi (pengglotisan).  Sila lihat contoh yang berikut:

  1. Vokal berganding di hujung kata:

bau                 [bawu]             (dengan labialisasi [w])

  1. Vokal berganding yang diikuti bunyi konsonan:

kaut                 [kawut]             (dengan labialiasasi [w])

baik                 [bayik]             (dengan palatalisasi [y])

taifah              [taʔifah]           (dengan glotalisasi [ʔ])

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.