28 Oktober 2022, 17:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya Usaha memartabatkan dan menyemarakkan bahasa dan kesusasteraan Melayu memerlukan pelibatan dan komitmen semua pihak. Menurut YBhg. Dato’ Ts. Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), sinergi strategik agensi pusat bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam penganjuran pelbagai program sama ada yang bersifat kreatif, mahupun bukan kreatif amatlah penting.

“Harapan kita supaya inisiatif ini dapat mengemukakan suatu wahana ilmu yang dinamik untuk disajikan kepada masyarakat, khususnya kakitangan awam,” katanya semasa merasmikan Majlis Penangguhan Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Tahun 2022 pada hari ini.

Pemenang Pertandingan Pesta Pantun bersempena dengan sambutan DBK dan DMK Peringkat JPA dan MAMPU 2022.

Majlis yang bertemakan pemerkasaan bahasa kebangsaan ini merupakan majlis kemuncak bagi program Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) dan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) peringkat JPA dan MAMPU dengan kerjasama DBP bagi tahun 2022.

Sebanyak lima pertandingan telah dianjurkan pada peringkat JPA dan MAMPU, iaitu pesta pantun, pertandingan fotografi, teka silang kata, mencipta poster dan sudut bacaan terbaik. Tahniah kepada semua pemenang pertandingan.

Senarai pemenang pertandingan bersempena dengan DBK dan DMK Peringkat JPA dan MAMPU 2022.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.