Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKUALA LUMPUR − Bersempena dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 (KLWBC2020) oleh UNESCO, dan ulang tahun penubuhan PERSPEKTIF yang ke-35, Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF) berjaya menganjurkan Pertandingan Menterjemah Piala Drs Chin Yook Chin pada bulan Mac 2021. Daripada 108 penyertaan yang diterima, sebanyak 20 karya terpilih untuk menerima hadiah.
Pemenang dipilih mengikut tiga kategori, iaitu 12 orang pemenang menerima Hadiah Terjemahan Terpilih (RM100 seorang), lima orang pemenang Hadiah Terjemahan Terbaik (RM300 seorang) dan tiga orang pemenang Hadiah Terjemahan Cemerlang (RM1000 seorang).
Aspek bahasa, budaya, pengetahuan am dan kesusasteraan merupakan aspek penting dalam pemarkahan karya peserta. Antara pemarkahan yang diambil kira termasuklah terjemahan makna yang tepat, ketepatan penggunaan kata dalam bahasa Melayu terutamanya dalam konteks kata ganti diri yang betul dan penggunaan peribahasa yang sesuai. Di samping itu, aspek budaya dan aspek pengetahuan am peserta juga diambil kira. Contohnya, penggunaan nama tempat yang betul (坟=PENDAM– ialah perkataan lama, kini sudah ditukar kepada SADONG JAYA). Begitu juga dengan jenama jam CITIZEN, bukannya BINTANG dan lima ribu dolar US, bukannya lima ribu US Ringgit. Demikianlah antara perkara yang diberi kupasan dalam ulasan pemarkahan karya peserta.
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menterjemah Piala Drs Chin Yook Chin yang berlangsung pada hari ini di Biro Pelancongan Kuala Lumpur 11, Jalan Tangsi, Tasik Perdana, Kuala Lumpur dimulai dengan ucapan Presiden PERSPEKTIF, Dato’ Goh Hin San. Dalam majlis itu juga, Ketua Juri, iaitu Prof. Madya Dr. Goh Sang Seong, Timbalan Dekan Pusat Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM) turut memberikan ulasan pemarkahan pemenang. Ucapan perasmian pula disempurnakan oleh Ketua Sekretariat KLWBC2020, Tuan Haji Anwar Mohd Zain.
Pemenang |
Karya terjemahan |
Tan Chi Cheng |
Sadong yang Diselubungi Kabus |
Ko Pey Ling |
Layang-layang Tak Melayang |
Tan Cheng Im |
Bulan yang Bergegas Keluar dari Gumpalan Awan |
Nur Izni Syazwani Binti Ahmad |
Bandar yang Sayu |
Moo Qi Xin |
Kucing Tiga Kaki |
Liew Swee Chin |
Sang Bulan Menembus Kepungan Awan |
Ng Wee Hoon |
Sayang, Oh! Sayang |
Tang Shuh Hua |
Tebing Lekuk |
Wong Jia Yun |
Keperitan Kehidupan |
Koh Tuan Teck |
Masa Lori Masuk Bengkel |
Seow Siew Leng |
Bulan Terbenam di Bandar Jersey |
Wong Yun Teng |
Manusia Bukan Manusia, Hantu Bukan Hantu |
Yap Beng Lay |
Mengharungi Gelora Ombak |
Yiaw Xue Er |
Kisah di Sebalik Dataran itu |
Lim San Mei |
Baka |
Muhammad Nazarudin bin Ahmad Anuar |
Melimpahnya Gelombang Tak Terbendung |
Kelvin Yiung Shi Hong |
Hujan Renyai Sadong |
Soon Li Wei |
Ibu Kota Yang Suram |
Chee Shiau Thing |
Kisah di Dataran Tanah Rata |
Wong Yien Wen |
Penyewa Rumah |