Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangImbuhan ke- merupakan awalan yang dapat ditambah pada akar kata, kata adjektif, kata bilangan dan kata bantu. Sila lihat contoh yang berikut:
Dalam ayat 1 di atas, imbuhan ke- ditambah pada kata dasar mudi yang merupakan akar kata yang tidak dapat wujud secara bebas dalam ayat.
Dalam ayat 2, imbuhan ke- ditambah pada kata adjektif, iaitu hormat untuk menghasilkan kata kehormat, yang bermakna honorary.
3a. Dia memenangi hadiah tempat ketiga.
3b. Ketiga-tiga orang murid sekolah itu mendapat biasiswa.
Dalam ayat 3a, imbuhan ke- ditambah pada kata bilangan kardinal tiga untuk menghasilkan kata terbitan ketiga. Dalam hal itu, imbuhan ke- boleh ditambah pada kata bilangan daripada angka dua hingga sepuluh. Dalam ayat 3b, imbuhan ke- terdapat pada kata bilangan ganda separa ketiga-tiga, iaitu kata bilangan himpunan.
Dalam ayat 4, imbuhan ke- ditambah pada kata bantu ragam hendak untuk menghasilkan kata nama kehendak yang bererti “kemahuan” atau “keinginan”.
Imbuhan -an merupakan akhiran yang dapat ditambah pada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata bilangan untuk mendukung pelbagai makna. Sila lihat contoh yang berikut:
5a. Lautan itu luas.
5b. Acara itu diadakan di Dataran Merdeka.
5c. Ruangan sastera akhbar itu memuatkan cerpen dan sajak.
Dalam kelompok ayat 5, imbuhan -an yang ditambah pada kata nama dasar laut dan datar yang merujuk tempat secara fizikal. Sebaliknya, imbuhan -an yang ditambah pada kata nama dasar ruang merujuk petak dalam akhbar. Contoh kata yang sejenis ialah daratan, rantauan, lapangan dan sekitaran.
6a. Bayi itu tidur di dalam buaian.
6b. Dia turun di hentian itu.
Dalam kelompok ayat 6, imbuhan ke- yang ditambah pada kata kerja dasar buai dan henti membawa maksud “tempat melakukan sesuatu perbuatan”. Contoh kata yang sejenis ialah sidaian, kurungan dan gantungan.
7a. Majalah itu diterbitkan secara bulanan.
7b. Mesyuarat mingguan sedang dijalankan.
Dalam kelompok ayat 7, imbuhan -an yang ditambah pada kata nama dasar bulan dan minggu berkaitan dengan “kekerapan”. Contoh kata yang sejenis ialah harian dan tahunan.
8a. Kos perjalanan dikira secara batuan.
8b. kain itu disukat secara elaan.
Dalam kelompok ayat 8, imbuhan -an ditambah pada kata nama dasar batu dan ela untuk membawa makna “cara ukuran atau kiraan”.
9a. Budak itu memeluk anak-anakan.
9b. Orang-orangan dipacakkan di sawah untuk menakutkan burung.
Dalam kelompok ayat 9, imbuhan -an yang ditambah pada kata nama dasar ganda anak-anak dan orang-orang bererti “sesuatu yang menyerupai”.
Dalam ayat 10, imbuhan -an yang ditambah pada kata nama dasar duri dan rambut bererti “banyak”.
11a. Buah-buahan tempatan sedap dimakan juga.
11b. Dia membeli sayur-sayuran di pasar.
Dalam ayat 11, imbuhan -an yang ditambah pada kata nama dasar ganda buah-buah dan sayur-sayur bererti “banyak jenis”. Contoh kata yang sejenis ialah daun-daunan dan kayu-kayuan.
12a. Tulisannya seperti cakar ayam.
12b. Keluaran negara kita bermutu juga.
Dalam ayat 12, imbuhan -an yang ditambah pada kata kerja dasar tulis dan keluar bererti “hasil perbuatan”. Contoh kata yang sejenis ialah lukisan, buatan, tanaman, tuduhan, kritikan, pukulan, hantaran, bekalan, pujian, sajian, jahitan dan binaan.
Dalam ayat 13, imbuhan -an yang ditambah pada kata kerja dasar timbal bererti “orang yang melakukan tindakan menimbal”.
14a. Dia suka makan buah-buahan tempatan.
14b. Ali gemar menonton persembahan jalanan.
15a. Dia makan manisan selepas makan malam.
15b. Asinan tidak harus selalu dimakan.
15c. Dai melalui bulatan itu.
16a. Dia sedang menjalani latihan.
16b. Kelihatan kilauan lampu neon yang pelbagai di bandar pada waktu malam.
Dalam kelompok ayat 14, imbuhan -an yang ditambah pada kata nama dasar tempat dan jalan mendukung maksud “sesuatu atau hal yang berkaitan” dengan tempat sendiri (local) atau jalan (street). Dalam kelompok ayat 15, imbuhan -an yang ditambah pada kata adjektif dasar manis, asin dan bulat bererti “sesuatu yang mempunyai sifat”. Dalam kelompok ayat 16, imbuhan -an yang ditambah pada kata kerja dasar latih dan kilau bermakna “sesuatu yang berkaitan dengan”.
17a. Tawanan itu dipaksa melakukan kerja paksa.
17b. Burung hutan menjadi buruannya.
17c. Hamparan permaidani mencantikkan ruang tamunya.
Dalam kelompok ayat 17, imbuhan -an yang ditambah pada kata kerja dasar tawan, buru dan hampar bererti “orang, haiwan atau sesuatu yang dikenakan tindakan”. Contoh kata yang sejenis ialah suruhan, tahanan, sembelihan, jemputan, jagaan, makanan, minuman dan peliharaan.
18a. Ratusan orang menghadiri majlis itu.
18b. Belasan hadiah diterimanya.
Dalam kelompok ayat 18, imbuhan -an yang ditambah pada kata bilangan dasar ratus dan belas bererti “kumpulan orang atau benda”. Contoh kata yang sejenis ialah puluhan dan ribuan.
19a. Kukuran kelapa itu sudah berkarat.
19b. Ayakan itu digunakan untuk mengayak tepung.
20a. Parutan kelapa itu masih digunakan.
20b. Santan diperoleh daripada parutan kelapa yang diperah.
Dalam kelompok ayat 19 dan ayat 20a, imbuhan -an yang ditambah pada kata kerja dasar kukur, ayak dan parut bererti “alat untuk melakukan sesuatu”. Dalam kelompok ayat 20b pula, imbuhan -an yang ditambah pada kata kerja dasar parut bererti “hasil perbuatan”.