Oleh Nazrul Aziz
8 Ogos 2023, 18:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Seremban – Kolej Genius Islam (KGI) USIM telah berjaya mengalahkan 10 buah sekolah lain dalam Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah Seremban 1. Selain mengungguli tempat pertama, pasukan ini juga dipilih sebagai pemenang bagi Skrip Terbaik dan Konduktor Terbaik.

Jurulatih pasukan KGI, Aisyah Shofwa Suhaimie yang merupakan pelajar tingkatan lima berkata, latihan berterusan dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh 20 orang ahli pasukan KGI yang sangat tinggi sepanjang sesi latihan telah membuahkan hasil apabila diumumkan sebagai pemenang.

SMK Dato Mohd Said pula mendapat tempat kedua, manakala tempat ketiga dimenangi oleh SMK Tunku Ampuan Najihah. SMK Mantin berada di kedudukan keempat dan tempat kelima ialah SMK Bukit Kepayang.

Majlis perasmian penutupan pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi YouTube Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said (SMKA SHAMS) telah disempurnakan oleh Tuan Haji Norazam Haji Nayan, iaitu Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seremban.

Pertandingan Bicara Berirama ini merupakan program anjuran PPD Seremban yang melibatkan pelajar sekolah menengah dari Daerah Seremban 1 dan telah dikelolakan oleh SMKA SHAMS, Seremban, Negeri Sembilan.

Pengisian program pula berbentuk pertandingan yang dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran, kesefahaman, penghayatan dan memperkukuh penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar dan telah mengangkat tema “Anak Baik Lagi Cerdik”.

Gi jugan terpilih sebagai Konduktor terbaik.
KGI muncul sebagai pemenang Konduktor Terbaik.
KGI jyga terpilih sebagai pemenang Skrip Terbaik.
KGI juga terpilih memenangi Anugerah Skrip Terbaik.
Sebanyak 11 pasukan bertanding dalam Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah Seremban 1.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.