Oleh Kho Thong Eng
1 Januari 2024, 09:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pengimbuhan ialah satu daripada proses pembentukan kata, selain proses pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman. Melalui proses ini, sejumlah besar kata dalam bahasa Melayu dapat dihasilkan. Walau bagaimanapun, pengimbuhan melibatkan beberapa petua yang harus dikuasai oleh pengguna bahasa Melayu.

Petua pertama ialah bentuk imbuhan yang ditambah pada kata dasar bergantung pada bunyi pertama kata dasar. Hal ini menentukan sama ada perubahan homorganik berlaku, iaitu penyesuaian bunyi sebutan berdasarkan daerah artikulasi yang berdekatan di dalam mulut.

Perubahan morfofonemik ini menghasilkan bunyi yang harmoni yang lebih mudah disebut oleh penutur bahasa Melayu.  Sebagai contoh, apabila imbuhan meN- ditambah pada sesuatu kata dasar, imbuhan itu menerbitkan empat alomorf, iaitu me, mem-, men- dan meng- (meliputi menge-) bergantung pada bunyi pertama pada kata dasar. Sila lihat contoh pengimbuhan me- di bawah:

1. Tanpa perubahan homorganik

Alomorf Kata dasar Kata Terbitan Kata Dasar Kata Terbitan
me- yakin meyakini nganga menganga
wakil mewakili nyanyi menyanyi
nanti menanti latih melatih
masak memasak nyala menyala
rayu merayu wangi mewangi

 

2. Dengan perubahan hormoganik

Alomorf Kata dasar Kata Terbitan Kata Dasar Kata Terbitan
me- panjat memanjat tolong menolong
pakai memakai tangkap menangkap
kait mengait sabit menyabit

 

Bagi kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata, bentuk alomorf meN- yang harus ditambah padanya ialah menge-, kecuali bagi kata dasar yang berpangkalkan gugus konsonan.  Sila lihat contoh yang berikut:

1. Tanpa gugus konsonan pada awal kata

Kata Dasar Kata Terbitan Kata Dasar Kata Terbitan
bom mengebom cat mengecat
lap mengelap syor mengesyorkan
nyah mengenyahkan khas mengekhaskan

 

2. Dengan gugus konsonan pada awal kata

Kata Dasar Kata Terbitan Kata Dasar Kata Terbitan
brek membrek blok memblok
stor menstor stu menstu
skru menskru klik mengklik

 

Bentuk awalan ada kalanya ditentukan oleh jenis imbuhan yang ada pada pangkal kata dasar. Sila lihat contoh yang berikut:

Kata Dasar Kata Terbitan Kata Dasar Kata Terbitan
tertawa mentertawakan terbalik menterbalikkan
selaras menyelaraskan setara menyetarakan

Berdasarkan contoh di atas, awalan ter- pada awal kata dasar dikekalkan, tetapi awalan se- pada awal kata dasar mengalami perubahan homorganik.

Ada juga kata yang berawalkan bentuk yang menyerupai awalan ter- dan bentuk itu tidak berubah apabila ditambah imbuhan meN-. Sila lihat contoh yang berikut:

Kata Dasar Kata Terbitan Kata Dasar Kata Terbitan
terjemah menterjemah ternak menternak

Jika kata dasar ialah frasa sendi nama ke + kata nama/kata arah, ke pada pangkal frasa mengalami perubahan hormorganik.  Sila lihat contoh berikut:

Kata Dasar Kata Terbitan Kata Dasar Kata Terbitan
ke tepi mengetepikan ke tengah mengetengahkan
ke bumi mengebumikan ke muka mengemukakan

Jika kata majmuk ditambah imbuhan, hanya awal kata pertama yang mungkin mengalami perubahan homorganik.  Sila lihat contoh berikut:

Kata Dasar Kata Terbitan Kata Dasar Kata Terbitan
anak tiri menganaktirikan cari gali mencari gari
tandatangan menandatangani urus niaga mengurusniagakan

Jika kata ganda ditambah imbuhan, pelbagai kemungkinan pengimbuhan terjadi.  Sila lihat contoh berikut:

Jenis Kata Ganda Kata Dasar Kata Terbitan Perubahan pada Awal Kata
Ganda separa mengait kait-mengait kata kedua
mengulangi mengulang-ulangi kata pertama
menakutkan menakut-nakutkan kedua-dua kata
Ganda berima porak-peranda memporak-perandakan tiada
kucar-kacir mengucar-ngacirkan kedua-dua kata
kacau-bilau mengacau-bilaukan kata pertama
Ganda semu sia-sia mensia-siakan tiada

Satu lagi pertimbangan ialah etimologi kata, iaitu sama ada kata dasar merupakan kata asli atau kata pinjaman. Sila lihat contoh yang berikut:

Awal Kata Dasar Kata Asli Kata Pinjaman
Diubah Kekal
s menyabit mensintesiskan
t menari mentafsirkan
k mengapak mengkategorikan
p memanjat mempamerkan

Walau bagaimanapun, ada katanya awal kata asli tidak mengalami perubahan tetapi awal kata pinjaman mengalaminya. Sila lihat contoh yang berikut:

Awal Kata Dasar Kata Asli Kata Pinjaman
Kekal Diubah
p mempercayai, mempesonakan, mempengaruhi, mempunyai, mempedulikan, mempelawa memotret, memaipkan
t menternak menaip
f memikirkan

Kata pinjaman memikirkan dieja sedemikian mungkin disebabkan bahawa pada zaman dahulu, bahasa Melayu tiada bunyi [f] dan diganti dengan [p] dalam sebutan. Dengan itu, bunyi [f] dalam kata fikir ditukarkan kepada [m] apabila kata itu ditambah dengan imbuhan meN-…-kan, sama seperti kata lain yang bermula dengan bunyi [p].

Kata dasar yang berawalkan gugus konsonan tidak mengalami perubahan apabila ditambah imbuhan meN-. Sila lihat contoh yang berikut:

Gugus Konsonan Kata Terbitan Gugus Konsonan Kata Terbitan
pr- memproses pl- memplaster
bl- memblok br- membrek
sw- menswastakan st- menstabilkan
skr- menskru kl- mengklasifikasikan
kr- mengkritik tr- mentransformasikan

Kata dasar yang berawalkan digraf mengalami proses pengimbuhan seperti yang berikut:

Digraf Kata Terbitan Digraf Kata Terbitan
ng menganga ny menyanyi
kh mengkhianati gh mengghairahkan
sy mensyaratkan

 

Jika imbuhan ditambah pada kata dasar yang berawalkan simbol, tanda sempang perlu kita gunakan. Sila lihat contoh yang berikut:

Kata Dasar dengan Simbol Bentuk terbitan
e-mel meng-e-melkan, di-e-melkan
X-ray meng-X-ray, di-X-ray

 

Ada kalanya dua bentuk imbuhan ditambah pada sesuatu kata dasar untuk menghasilkan kata terbitan yang maksudnya berbeza. Sila lihat contoh yang berikut:

Kata Dasar Bentuk I Bentuk II
ajar berajar belajar
layar berlayar belayar
sara pesara penyara
suruh pesuruh penyuruh
tunjuk petunjuk penunjuk

 

Apabila awalan beR- dan teR- ditambah pada kata dasar yang berpangkalkan bunyi [r], satu daripada bunyi [r] gugur disebabkan peleburan bunyi. Sila lihat contoh yang berikut:

Imbuhan Kata Dasar Kata Terbitan
beR- rasa, renang berasa, berenang
teR- rendam, rancang terendam, terancang

 

Ada juga kecualian daripada rumus umum pengimbuhan, seperti yang berikut:

i.  Kata dasar kajibertukar kepada mengkajiatau mengaji apabila ditambah awalan meN- berdasarkan konteks penggunaan kata tersebut dalam ayat.

ii.  Sesetengah kata dasar yang berawalkan bunyi [k] ditambah awalan be-, bukan ber-. Contohnya ialah kata bekerjadan bekerjasama.

iii.  Sesetengah kata dasar ditambah awalan bel- dan be-, bukan ber-. Contohnya ialah belajar dan belunjur.

iv. Sesetengah kata dasar ditambah apitan peng-…-andan peng-pada awalnya, dan kemudiannya ditambah variasi pe-…-an dan pe-.

Kata Dasar Bentuk Awal Variasi Kemudian
libat penglibatan pelibatan
lihat penglihatan pelihatan
lipur penglipur pelipur

Perubahan dari segi pengimbuhan itu berlaku kerana sebenarnya kata pelibatan, pelihatan dan pelipur lebih berkaitan dengan kata kerja melibatkan, melihat dan melipurkan berbanding dengan kata penglibatan, penglihatan dan penglipur.

v. kata dasar tahumenjadi kata terbitan mengetahui apabila ditambah dengan imbuhan meN-…-i walaupun kata dasar itu tidak bersuku kata tunggal.

vi. kata dasar faksmenjadi kata terbitan memfakskanapabila ditambah dengan imbuhan meN-…-kan walaupun kata dasar itu bersuku kata tunggal.

vii. Kata majmuk yang berawalkan kata ekasuku nyah ditambah imbuhan me- walaupun nyah bersuku kata tunggal. Contohnya ialah kata menyahhutankan dan menyahionkan. Hal ini berbeza daripada kata majmuk yang berawalkan kata ekasuku hak yang ditambah imbuhan menge-. Contohnya ialah mengehakciptakan dan mengehakmilikkan.

Jelaslah bahawa aspek pengimbuhan merupakan aspek morfologi yang rumit tetapi amat menarik. Oleh itu, kita harus menguasai ilmu ini agar dapat menggunakan bahasa Melayu secara tepat dan jelas.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.