17 Januari 2024, 12:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

I. F. Liu, 19 tahun, meraih pengalaman bekerja di kedai serbaneka 24 jam di ibu kota, sebaik-baik sahaja menamatkan tingkatan lima di sekolah menengah harian biasa di Kuala Lumpur. Dia berbangga dan fokus dengan pilihannya ini dan yakin tentang strategi tersendiri yang berkaitan dengan masa depannya. Baginya, pekerjaan juga merupakan universiti kehidupan yang amat besar maknanya kepada seseorang sekiranya memiliki mental dan kesungguhan untuk berjaya.

Memiliki pemikiran yang jauh lebih matang daripada usianya membuat penulis tertarik untuk bercerita lanjut dengannya. Semangat ingin belajar di institusi pengajian tinggi sentiasa mekar di hatinya tetapi dia menolak untuk tidak berada di bangku kampus ketika ini kerana baginya tetap tidak merencatkan peluangnya pada masa akan datang.

Di mana-mana sahaja merupakan proses untuk belajar. Di universiti sekalipun, jika jiwa seseorang itu tidak dapat dibentuk proses pembelajaran dari dalam dirinya, maka ibarat mencurah air di daun keladi! Berbaloi sungguh mendengar kata-katanya yang meminati mata pelajaran Bahasa Melayu – KOMSAS. Benar-benar lunak peribahasa ini dalam dirinya. Katanya, dia ingin meraih pengalaman pembelajaran dalam bidang jualan serta peruncitan kerana ingin benar memahami laluan perniagaan ini.

Pengamatannya juga berkembang seiring dengan pengalaman yang diraih hampir dua tahun sebagai petugas barisan hadapan dalam tenaga peruncitan ini. Pengalaman sebagai juruwang amat menarik kerana bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Uniknya, jika kita ingin menemukan pelbagai bangsa yang meraikan pelbagai bahasa juga ada dari premis kecil ini, katanya. Walaupun memiliki ruang yang padat dengan barangan jualan, premis ini menemukan pelanggan dengan barangan keperluan dengan mudah dan cepat dan harga barang yang sedikit mahal tidak menjadi isu, tambahnya lagi.

Kini dia lebih gemar memerhatikan gelagat komunikasi serta gaya bahasa, tutur bicara seseorang khususnya rakan-rakan serta gelagat pelanggan yang mengunjungi kedai serbaneka tempat dia bekerja.

Selain berkongsi pengalaman sebagai petugas barisan hadapan di kedai serbaneka tersebut, kami turut berbincang tentang cara untuk ibu bapa dan anak boleh menjadi kawan baik! Cara berfikir orang kita unik katanya, iaitu khususnya orang Melayu dalam memberikan perumpamaan terhadap sesuatu. Setiap perkataan yang dipilih oleh seseorang mempunyai konotasi tersendiri termasuklah kata “Yahudi”.

Orang Melayu mempunyai satu pendirian terhadap seseorang yang buruk sikapnya serta zalim tindak-tanduknya terhadap orang lain sebagai “Yahudi” sehingga dia memberikan contoh kata yang pernah didengar olehnya. Antaranya, “Yahudi betullah engkau ni!”, “Memang Yahudi apa-apa yang dibuat oleh pihak pengurusan ni!”, “Kenapa nak Yahudi sangat?”, “Jangan berperangai Yahudi” dan “Harga rumah sekarang harga Yahudi”. Perbincangan kami ini membawa penjelajahan penulis berkaitan dengan konotasi Yahudi dalam masyarakat Melayu, khususnya yang dirakam oleh budaya dan warisan Alam Melayu.

Berdasarkan sumber Pusat Rujukan Persuratan Melayu (prpm.dbp.gov.my), perkataan “Yahudi” ditulis dengan Y huruf besar, bermaksud kata nama khas yang definisinya ialah orang Yahudi, bangsa yang berasal dari Israel (keturunan Yuda); agama Yahudi pula ialah agama yang dianuti oleh orang Israel. Bermakna, maksud kata “Yahudi” digunakan untuk yang pertama ialah bangsa manusia dan satu lagi untuk agama manusia. Takrif ini  yang berasal dari Israel oleh pusat rujukan tersohor ini turut menarik untuk diperbahaskan. Mari kita lihat, apa-apa lagi yang ada sebalik kata ini.

Kata “Yahudi” turut direkodkan menerima apitan me- dan -kan. Wah! Jadinya, meyahudikan, iaitu menjadikan seseorang itu Yahudi. Ayat contoh yang diberikan ialah “Setiap anak yang dilahirkan adalah suci dan ibu bapalah yang meyahudikan atau menasranikannya”.

Tidak cukup dengan apitan kedua-dua ini ialah penegasan pada maksud yang lebih tegas, iaitu direkodkan apitan memper-…-kan dan menjadi “memperyahudikan” yang memberikan maksud, iaitu memandang hina, rendah, keji dan lain-lain.

Nampaknya semakin menarik eksplorasi kata “Yahudi” menerusi pusat rujukan tersohor ini. Seterusnya, kita akan meneliti pantun yang berkaitan dengan Yahudi yang telah dirakam oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan didatakan menerusi sistem rujukan digital ini, iaitu pantun pertama ini yang dicatatkan dari negeri Sabah, iaitu sumber dari Kurik Kundi Merah Saga yang merupakan kitab pantun yang tidak asing lagi.

Labuan kedai Yahudi,

Dari Beaufort di kedai Cina;

Kalau tuan berhati sudi,

Bunga sekuntum dibahagi dua.

 

Pantun yang seterusnya ialah tentang budi dan begini bunyi pantunnya:

Bukan benar bangsa Yahudi,

Dia benar kafir melaun;

Jika terkenang sebarang budi,

Tidak kukenang seribu tahun.

 

Sapu tangan bersiring hijau,

Orang membeli kedai Yahudi;

Luka di tangan kerana pisau,

Luka di hati kerana budi.

 

Pantun yang berunsurkan kiasan berikut ini juga menggunakan pembayang daripada kata “Yahudi”, iaitu:

Anak Cina Anak Yahudi,

Minum arak berpeti-peti;

Sejak bunga dipagar besi,

Kumbang di luar menghempas diri.

 

Demikianlah antara rakaman pantun yang diperoleh daripada penelitian menerusi pusat rujukan tersebut. Namun begitu, yang lebih mengujakan penulis ialah pantun yang dihasilkan ini memaparkan sebuah dokumentasi penting masyarakat terdahulu yang berkaitan dengan orang Yahudi, iaitu sebagai golongan peniaga.

Dari pantun tersebut juga membuktikan bahawa golongan Yahudi pernah ada dalam masyarakat kita di sini. Bukankah pantun itu merupakan kearifan tempatan sastera prosa tradisional yang merakamkan masyarakat dan tradisi budaya yang dilihat oleh masyarakat.

Oleh sebab itu, berdasarkan penelitian ringkas penulis, menerusi pantun ini juga akan menyelongkar lebih banyak dapatan yang berkaitan dengan kata “Yahudi” dan hubungannya dengan sejarah petempatan mereka di sekitar rantau Melayu termasuklah di Singapura, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang contohnya, wujud petempatan masyarakat Yahudi pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20, dan kesannya terdapat kawasan perkuburan Yahudi dan nama Jalan Yahudi di Negeri Pulau Mutiara ini. Jelas di sini, kata “Yahudi” yang didengar atau ditelitikan oleh I. F. Liu merupakan kata yang bukan sahaja-sahaja dilafaz, tetapi memiliki maksud yang cukup berimpak sama ada menunjukkan peri zalimnya atau amat negatif mahupun buruknya perilaku seseorang terhadap seseorang yang lain merupakan satu kata yang telah diwarisi sejak sekian lama dan kata ini kekal digunakan oleh sebahagian masyarakat.

Walaupun tidak secara meluas, namun penggunaan kata ini sudah cukup membuktikan bahawa bangsa manusia yang satu ini ialah golongan manusia yang tidak akan ada tempatnya yang termulia di dalam tujahan makna yang diungkapkan oleh masyarakat kala ini. Apatah lagi dengan segala kekejaman yang telah dipaparkan dalam konflik yang berlaku sehingga mencetuskan solidariti kemanusiaan di seluruh dunia pada abad moden ini.

Al-Quran merupakan kitab suci sejagat yang turut merakamkan secara khusus yang berkaitan dengan kata “Yahudi” ini. Banyak kajian serta perbincangan dan wacana dikongsikan serta ditularkan yang berkaitan sejarah dan pelbagai lagi isu yang berkaitan dengan Yahudi.

Daripada perkongsian ini, jelaslah kata seranah “Yahudi” seseorang terhadap seseorang merupakan perlambangan yang cukup hebat yang dicipta serta diwarisi oleh masyarakat kita. Sudah tentu Dia juga yang memberikan ilham kepada masyarakat untuk mengungkapkan betapa kekejaman dan kezaliman itu cukup sinonim dengan kata “Yahudi”.

Terima kasih kepada  I. F. Liu mencetuskan idea penulisan ini.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.