1 Februari 2024, 09:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Bengkel Penataran Pelaksanaan Modul TMK Guru Tahap 2 Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Negeri Perlis telah bersiaran secara langsung menerusi Facebook Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Perlis pada 30 Januari 2024, yang bermula pada pukul 2.30 petang hingga 4.00 petang.

Bengkel ini menampilkan Ustaz Mohd Omar, Penolong Pengarah TMK Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis; Pegawai Sektor Pembelajaran JPN Perlis, Encik Syed Ariff Manja, dan Pegawai Sektor Pembelajaran JPN Perlis, Encik Amirul Aliff, yang membincangkan kajian pelaksanaan modul tersebut.

Sesi pengenalan bengkel oleh Tuan Syed Ariff Manja menerangkan tentang Sejarah Pelaksanaan Kurikulum TMK yang bermula pada tahun 2011. Pelaksanaan Modul TMK Guru Tahap 2 Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Negeri Perlis bermula pada tahun 2024 dan tahun 2025. Oleh itu, matlamat pelaksanaan Modul TMK dalam Dokumen Sukatan Kandungan Mata Pelajaran Bahasa Melayu KSSR (Semakan 2017) bertujuan memastikan murid mengaplikasikan kemahiran dan menghayati etika penggunaan TMK.

Tambah beliau, pelaksanaan empat komponen dalam Modul TMK menerusi Komponen Pertama telah memperkenalkan kaedah mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif, kaedah menyunting teks, kaedah menyisip kotak teks, imej, jadual, audio dan video, kaedah menghasilkan persembahan multimedia dan kaedah menghasilkan penyuntingan imej, audio dan video.

Selain itu, komponen kedua juga menggunakan pemikiran komputasional untuk penyelesaian masalah menerusi Kaedah Leraian, Kaedah Pengecaman Corak, Kaedah Penskalaan dan Kaedah Penitlakan.

Komponen ketiga pula memperkenalkan Kemahiran Modul TMK dalam DSKP Bahasa Melayu KSSR. Sementara itu, komponen keempat dalam Kemahiran Modul TMK dalam DSKP Bahasa Melayu KSSR pula mengamalkan sikap bertanggungjawab dan beretika dalam TMK dengan cara menghargai hak cipta orang lain dan menyatakan sumber maklumat yang diperoleh secara dalam talian.

Menurut Tuan Syed Ariff Manja, Pelaksanaan Modul TMK Tahap 1 dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu KSSR berpandukan tiga buku yang bertajuk Panduan Pelaksanaan Modul Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Modul Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Modul Kemahiran Asas dan Modul Aplikasi. Oleh itu, semua guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Perlis perlu memuat turun tiga buku tersebut, Modul TMK Tahap Dua dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah menggunakan Modul Kemahiran Asas Tahap Tahap ll dan Modul  Bahasa Malaysia Tahap 2.

Selain itu, Modul Kemahiran Asas Tahap ll mengandungi kemahiran asas TMK yang perlu dikuasai oleh guru dan murid untuk melaksanakan Modul Aplikasi. Hasilnya, Modul Kemahiran Asas TMK Tahap II mengandungi Perisian Rekaan 3D3D Slash, Perkongsian Fail Google Drive, Libre Office Calc – Carta Palang, Libre OfficeImpress Presentation dan Sistem Pangkalan Data.

Pelaksanaan Modul TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) Bahasa Melayu KSSR berpandukan DSKP dan Standard Kandungan bertujuan menilai kemahiran asas murid dalam TMK.

Selain itu, Kaedah Pelaksanaan Modul TMK dalam PDP Bahasa Melayu diajarkan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan Instrumen Pentaksiran dan Rubrik Pentaksiran dalam Modul Aplikasi. Ringkasnya, Kaedah Pelaksanaan Modul TMK dalam PDP Bahasa Melayu dilaksanakan dalam Peruntukan Waktu Mata Pelajaran Bahasa Melayu yang dijalankan dalam sesi pembelajaran di dalam kelas.

Sementara itu, Kajian Pelaksanaan Modul TMK Guru Tahap 2 Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Negeri Perlis menurut Tuan Amirul Aliff, mengandungi Slaid DPK, Perisian TMK Modul Tahap 1 Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Kit Pengajaran Bahasa Melayu Tahap 1 untuk guru Bahasa Melayu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.

Hasilnya, Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar merupakan sekolah yang terawal di Perlis menunjukkan kemajuan dalam penggunaan Modul TMK Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah menerusi usaha guru Bahasa Melayu dan murid menghasilkan video animasi dalam bahasa Melayu menggunakan aplikasi Canva.

Bengkel Penataran Pelaksanaan Modul TMK Guru Tahap 2 Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Negeri Perlis telah bersiaran langsung menerusi Facebook Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.