15 Mac 2024, 21:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pagoh – Dalam usaha meningkatkan kecekapan digital literasi bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (T), satu modul telah dibangunkan oleh mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa, Kampus Pagoh, Muar Johor.

Modul Digital Asas Literasi Bahasa Melayu ini buat pertama kalinya dipraktikkan di SJK (T) Ladang Lanadron, Panchor, Johor, semalam.

Pelajar SJK (T) Ladang Lanadron tekun mendengar penerangan daripada fasilitator.

Modul ini dilaksanakan untuk meningkatkan kecekapan membaca, memahami teks  dan menulis dalam bahasa Melayu, seterusnya memperkukuh pemahaman budaya dan nilai murni dalam kalangan pelajar di SJK (T) Ladang Lanadron, Panchor,  Johor.

Ketua Modul Digital Asas Literasi Bahasa Melayu, iaitu Cik Nuwaira Zafira Zafri menyatakan bahawa struktur modul terdiri daripada empat modul iaitu, Modul Asas Membaca, Modul Asas Menulis, Modul Asas Mendengar dan Bertutur serta modul Pemahaman Budaya Melayu.

“Setiap modul akan disusun mengikut peringkat kesukaran, membolehkan pelajar memahami dengan lebih baik dan mengukuhkan asas literasi Bahasa Melayu” tambahnya lagi.

Jelas beliau,

Hasil penggunaan Modul Digital Asas Literasi Bahasa Melayu ini menunjukkan satu langkah yang positif dan proaktif dalam memenuhi tuntutan semasa dalam meningkatkan keupayaan literasi bahasa Melayu dalam kalangan generasi masa kini.

Selain itu, penghasilan modul ini sejajar dengan visi untuk mencipta masyarakat yang berpengetahuan dan progresif dan seterusnya menyumbang secara positif dalam era digital ini.

Pelajar sedang menggunakan Modul Digital Asas Literasi Bahasa Melayu.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.